Taklimat & Advokasi Klik Dengan Bijak

24 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Rabu, 23 Oktober 2019, Pusat Internet PPR Taman Malihah telah menyertai satu program lepasan PASCA PT3 di SMK Tun Abang Haji Openg yang dihadiri seramai 250 orang pelajar Tingkatan 3. Slot taklimat ini adalah jemputan sepenuhnya daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sekaligus menjemput PI PPR Taman Dahlia untuk menjayakan program tersebut.

Program ini dijayakan bersama fasilitator PI PPR Taman Malihah dan PI Kg Bako.

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk:-

1. Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
2. Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
3. Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
4. Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.

Program ini menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

Kami akan membantu anda untuk menggunakan internet dengan sebaik mungkin, dengan langkah-langkah yang boleh memperkayakan kehidupan anda, keluarga serta rakan-rakan anda.

Antara langkahnya adalah seperti memberi kesedaran tentang tip keselamatan dan gejala ketika melayari internet.

a. Risiko Dalam Talian - Maklumat Melampau, Cyber Grooming dan Cyber Bully
b. "Check Your Label" & E-waste
c. Portal Sebenarnya.my

_"The Power of Networking Always Don't Talk To Strangers_"

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali